Hay friends, Dengerin lagu yuks
Hehehehe ..
Hay friends, I Santa Mars
Nama asli ane Marsyanta
Welcome to my blog
I am Indonesian people
aye Ingin sekali jadi orang terkenal :D
Hopefully all useful
Thank you .




Monday, October 22, 2012

Lalu Lintas Cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:- 

DILARANG U-TURN 
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya. 

JALAN DUA HALA 
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya 

SEDANG DALAM PEMBINAAN 
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru</b> 

PEJALAN KAKI 
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti 

JALAN BENGKANG BENGKOK 
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji 

JALAN SEMPIT 
ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri 

AWAS! JALAN BERBUKIT 
Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain 

JARAKKAN KENDERAAN 
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

0 comments:

© 2012 WINDOW'S